Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Ara_Damansara

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan PJU 1a/44, Petaling Jaya, Selangor berhampiran dengan Jalan Lapangan Terbang Subang. Stesen ini terletak bersebelahan pusat membeli-belah Evolve Concept Mall, Pusat Perdagangan Dana 1, Dataran PHB, pangsapuri G-Residences dan PPR Lembah Subang 2.

Pelan stesen

L2
Platform
KJ Arah Selatan5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (CGC-Glenmarie)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
KJ Arah Utara5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Lembah Subang)
L1Aras legarMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras tanahPintu masuk/keluar, tempat letak kereta, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat:aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU, parkir kereta OKU dan lif. Selain itu, terdapat 667 petak parkir kereta — 10 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU dan 140 petak parkir disediakan khas untuk wanita —[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan 772 dan T773 berkhidmat di stesen ini.